Friday 2 December 2016

Cerpen: Istimewa Aidilfitri

CERPEN: ISTIMEWA AIDILFITRI (ORIGINAL KARYA BY RABIAHTUL ASMA)

http://www.portalilham.my/karya/Cerpen/Cinta/EnD3WEF4HG0/ISTIMEWA-AIDILFITRI



"Berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasa”

“Tiba syawal kita rayakan,"

“dengan rasa gembira”

Deringan lagu yang berbunyi nyaring mengejutkan Zalikha daripada lena. Haa, itu bukan nada dering panggilan. Tapi, itulah nada dering jam yang di set pada telefon bimbit Samsung Duos Zalikha. Nada dering raya tu. Nampak sangat mood nak beraya tu ada kan?

Zalikha terus mematikan bunyi jam. “Argh!” Zalikha menutup mulutnya yang menguap dengan telapak tangannya. Nampaknya rasa mengantuknya masih bersisa. Macam manalah tak mengantuk kalau pukul dua pagi mata baru lelap. Orang lain pada waktu itu dah syok dibuai mimpi. Tapi untuk Zalikha, waktu 2 pagi itu adalah waktu untuknya menulis cerpen untuk dihantar ke pihak penerbitan.

“Zalikha, bangun. Solat subuh.” Kedengaran suara Puan Rokiah menjerit nyaring.

“Iye, mama. Orang bangunlah ni.” Cepat-cepat Zalikha mengemas katil dan keluar dari bilik. Kalau lambat nanti, tak pasal-pasal dia kena simbah air free.

“Wah, sedapnya bau.” Ujar Zalikha dengan senyuman manis di bibir. Ni mesti bau nasi beriani.

“Kau tu semua benda bau sedap. Belum rasa lagi dah kata sedap. Entah-entah bau air longkang pun kau kata sedap.” Balas kakak sulung Zalikha.

“Ish, kak Tihah ni. Orang puji mujur tau. Tak bersyukur.” Zalikha menarik muka masam seinci.

“Haa, anak dara. Tak mandi lagi ni kenapa? Solat subuh pun belum lagi. Seronok duduk bersembang pula ye.” Tiba-tiba Puan Rokiah muncul.

Zalikha tersengih. “Orang nak pergi mandilah ni mama.” Terus dia membolot masuk ke dalam bilik air.

Usai solat subuh, Zalikha terus membantu kakak-kakaknya yang tekun menyiapkan juadah raya di dapur. Ada nasi beriani, ketupat, lemang dan bermacam jenis kuih-muih lagi. Gelak ketawa dan usikan kedengaran sungguh gembira. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Maklumlah, tiga orang kakaknya itu masing-masing duduk jauh. Menjelang hari raya dia dapat berkumpul seisi keluarga.

Tahun ini, warna hijau menjadi tema baju raya Zalikha sekeluarga. Zalikha menjeling dirinya sekilas di hadapan cermin. Wajahnya yang dioles dengan dengan mekap mahal tampak berseri di pagi raya. Bibirnya pula dioles dengan gincu berwarna merah jambu. Bulu matanya pula lebat dioles maskara. Dah macam bulu mata Rozita Che Wan pula. Zalikha memang seorang gadis yang gemar bersolek.

Allahu Akbar, Allahu Akbar

Allahu Akbar

La ilahaillallah hu wallah hu Akbar

Allahu Akbar Walilahilhamd

Takbir raya yang bergema kuat menandakan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Takbir raya yang bergema kuat itu membuatkan hati Zalikha dipagut rasa sayu.

Sayu hatinya kerana pertama kalinya menyambut hari raya tanpa arwah atuknya yang meninggalkannya setahun lalu. Tahun ini, dia tidak dapat melihat wajah atuknya yang ceria. Dia tidak dapat bersalaman dan memohon maaf atas kekhilafan diri terhadap atuknya seperti tahun-tahun yang lalu. Dia tidak berkesempatan untuk bergelak ketawa gembira dengan arwah atuknya. Sungguh dia amat merasai kehilangan arwah atuknya. Tapi dia harus redha dengan ketentuan yang maha Esa. Setiap insan pasti akan merasai erti kehilangan kerana tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya hanyalah pinjaman.

Zalikha segera mengesat air mata yang menitis selaju air terjun di pipinya yang mulus. Dia menyalami tangan kedua-dua orang tuanya dan memohon maaf atas segala kekhilafan diri. Mereka berpelukan lama. Dia melakukan perkara yang sama dengan abang-abang dan kakak-kakaknya. Bagi Zalikha, tiada apa yang lebih terindah melainkan keluarganya.

Abah dan abang-abang Zalikha sudahpun pulang dari menunaikan solat sunat hari raya di masjid. Mereka sekeluarga mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara arwah atuknya.

Sambil menikmati juadah raya, Zalikha asyik bersembang dan bergelak ketawa dengan seisi keluarganya. Jelas kegembiraan terpancar di wajah masing-masing. Sungguh hari raya amat bermakna.

Zalikha mengambil angin di luar rumah. Lagu raya nyanyian Anuar dan Elina yang kedengaran di corong radio tidak mampu menteteramkan hatinya yang tidak keruan sekarang. Entah kenapa dia tiba-tiba merindukan insan yang jauh di pandangan,

Insan yang telah berjaya mendapat tempat pertama dalam hatinya sejak dulu sehinggalah sekarang. Sungguh perasaannya terhadap insan itu sungguh kuat. Dia mengeluh. Kemudian, dia melihat gelagat anak-anak saudaranya yang sedang bergembira menyambut hari raya. Melihat anak-anak saudaranya, dia merindukan zaman kecilnya dulu. Zaman kecilnya dulu hanyalah untuk bermain dan bergembira. Tiada langsung kedukaan di hati.

“I miss my childhood without cares and worries in the world.” Zalikha berkata perlahan.

“Me too.” Satu suara garau mencelah.

Hati Zalikha tersentak kuat. Suara itu. Itu bukan ke suara insan yang amat dikenalinya? Dia terus berpaling mencari tuan empunya suara itu.

Dia tergamam. Mulutnya hampir terlopong melihat wajah lelaki tampan di hadapannya itu. Biar betik? Adakah ini hanya sebuah mimpi? Lelaki itu masih lagi sama seperti dulu. Tetap segak. Wajahnya ada iras-iras Syarul Ridzwan. Pelakon terkenal yang amat diminati oleh Zalikha. Ketinggiannya sekitar 170 cm. Siap dengan ukuran lagi, nak jadi jururawat tak bergaji yang ambil bacaan tinggi dan berat orang dekat klinik pula ke, Zalikha?

“Tutup mulut awak tu, nanti tak pasal-pasal lalat masuk. Saya tahulah saya ni hensem, tapi awak tak payahlah nak tenung saya bagai nak tembus biji mata.” Ujar lelaki berbaju melayu hijau itu dengan senyuman nakal.

Zalikha termalu sendiri. Itulah, siapa suruh tenung anak teruna orang. Ish, baru dia perasan. Warna baju dia dan lelaki itu sama. Ish, malunya. Macam pasangan kekasih lah pula. Lelaki itu masih lagi sama seperti dulu. Tiada apa yang berubah. Dan apa yang pasti perasaan Zalikha terhadap lelaki itu juga masih lagi sama seperti dulu. Tiada yang berubah. Jantungnya kuat memalu dadanya sudah seperti bunyi paluan kompang.

“Mr Annoying.” Ujar Zalikha perlahan.

“Miss Egois.” Balas lelaki itu pula.

3 tahun lalu.

“Sedapnya aiskrim coklat ni.” Ujar Zalikha yang sedang menikmati kesedapan aiskrim coklat kegemarannya yang dibelinya di kedai depan rumahnya tadi.

“Ouch!” Zalikha mengaduh sakit saat bahunya dilanggar bahu seseorang. Habis aiskrimnya jatuh atas tanah.

Hati Zalikha diselubungi perasaan marah yang membara saat melihat aiskrim kesayangannya jatuh atas tanah.

“Eh budak kecil, lain kali jangan makan aiskrim sambil berjalan.” Tegur seorang lelaki yang segak.

“Zalikha mencebik bibir. “Ganti balik aiskrim saya.”

Lelaki itu mendengus sinis. “Jangan harap. Belilah sendiri.”

“Mr Annoying.” Jerit Zalikha kuat.

“Huh! Miss Egois.” Balas lelaki itu sambil berlalu pergi.

Insiden itu masih lagi segar di ingatan Zalikha walaupun dah lama berlalu. Benarlah kata orang, kita tak akan dapat menghapuskan kenangan.

Lamunan Zalikha terhenti saat Mr Annoying memulakan bicara. “Sebenarnya saya cintakan awak.”

“Apa?” Benarkah apa yang didengarinya itu? Dia berasa seolah-olah dia sedang bermimpi.

“Eh, kau berdua buat apa dekat laman tu? Naiklah atas. Zalikha, ajak Imran naik.” Kedengaran suara Kak Tihah melaung kuat.

“Kakak saya ajak naik, jomlah.”

Sewaktu Zalikha dan Imran menapak masuk ke dalam rumah, semua ahli keluarganya tidak lepas memandang ke arah mereka. Zalikha mula berdebar-debar. Kenapa semua orang merenungnya seolah-olah dia ada buat kesalahan yang sangat besar.

Zalikha terus menyalami tangan ibu Mr Annoying dan saudara-saudaranya. Zalikha sudah menganggap ibu Mr Annoying seperti ibunya sendiri kerana mereka sudah lama kenal. Maklumlah, mereka berjiran.

“Nampak gayanya, tak lama lagi dapatlah kita makan nasi minyak ye.” Kak Syuhada berkata dengan senyuman nakal.

Sungguh Zalikha tidak faham. Kata-kata yang diucapkan oleh kak Syuhada disambut gelak ketawa oleh seluruh keluarganya. Apa yang lucu pun dia tidak tahu. Ingat ni maharaja lawak mega ke? Zalikha menjeling sekilas ke arah Mr Annoying yang tampak malu-malu. Apa yang berlaku sebenarnya? Sungguh dia tak faham. Dahinya berkerut seribu cuba memahami apa yang berlaku.

“Lambat pick-up betul anak mama ni. Si Imran ni datang nak meminang kamu. Setuju ke tidak?”
Zalikha tersengih. Dia menundukkan wajahnya. Argh, malunya. Wajahnya mula memerah bagai disimbah sebesen cili boh. Ahli keluarganya pula tak habis-habis mengusik dirinya.

“Orang tua-tua cakap, kalau diam tu tandanya setujulah ye.” Ujar Kak Tihah pula.

Setiap orang mempunyai kisah istimewa aidilfitri yang tersendiri. Bagi Zalikha, istimewanya aidilfitri pada tahun ini kerana dia akan bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya pada hari raya keenam nanti. Istimewanya aidilfitri pada tahun ini kerana Zalikha sudah mempunyai pasangan untuk beraya bersama. Istimewanya aidilfitri dapat memberikan kegembiraan yang tidak terhingga yang terpancar di wajah seluruh keluarga Zalikha serta Zalikha sendiri.

Alhamdulillah. Zalikha bersyukur kerana dia dapat menyambut istimewanya aidilfitri bersama insan tersayang. Dia mengharapkan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya dia berpeluang menikmati istimewanya aidilfitri. Sekarang, tibalah masa untuk mereka sekeluarga beraya. Misi untuk menikmati juadah raya juga tidak dilupakan.

-TAMAT-


6 comments:

  1. Amboi, Syarul Ridzwan. Nak jugak, huhuhu. Anyway, nice and simple short story. Keep it up! I also dah lama bjinak-jinak dgn literature and writings but skrg bru ada masa nak buat blog http://ukwilltellstories.blogspot.my/2017/04/magika-mimpi-part-1.html.
    Come support ya. Thanks xoxo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D Tqsm btw sy dh bce pon awk punyer short stories, mimpi elia. Best sgt2.. Klau awk msukkan short stories awk kt portal ilham karangkraf okey jgk.. http://www.portalilham.my/

      Delete
  2. Alololo tersengih kita, teringat syawal ritu pun ada yang datang meminang, ihiks.

    Nice story, keep up the good work. macam mana awak cari karya saya tu, hehehe dah lama tak menulis takut org tak suka :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa, yeke? hihi.. sme plk dgn cerpen ni.. sy terjumpa link blog awk kt blog yg sy tgh terjah.. lpstu godek2 tgk karya.. hihi.. penulisn awk pon bgus..

      Delete
  3. Zalikha Zalikha Zalikha.. hehe teringat lagu Floor 88 tu..
    Saya singgah sini..

    Jemput ke blog saya juga, duniactroxalynna.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai.. tq singgah.. nt sy singgah blog awk yer.. slmt berkenalan

      Delete