Tuesday, 5 September 2017

Review: Sephia All in 1 Argan Oil By Jannanick

Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah diberi kerajinan untuk menaip entri malam ini. Haha!  Saya biasanya mmg diserang penyakit malas untuk menaip terutama bila letih balik kerja, mmg tak sentuh laptop tapi kerja lain boleh je buat.  :D

Actually, saya nak bagi review sikit pasal produk Janna Nick. Siapa tak kenal pelakon meletup kebaboom tu kan? Dah berjaya keluarkan produk sendiri di usia muda pula tu. I'm so proud.  Okey, sebenarnya saya boleh berkenalan dgn produk Janna Nick pun sebab my sis yg promot, she is the one fans Janna Nick.

Saya tertarik untuk mencuba produk tersebut bukan krn sbb itu produk artis.  Tetapi sbb sy tgk byk feedback yg positif di ig dan juga sy dapati muka my sis ada perubahan daripada berminyak menjadi krg berminyak.

Nak dijadikan cerita, muka saya pernah burn gila semasa sy bekerja sebagai bakers di kedai roti abang ipar.  Serius, masa tu muka merah2 mcm udg kena bakar sbb hari2 hadap asap oven.  Udang kena bakar sedap lagi utk ditatap, tapi muka sendiri kau rasa?  Tapi alhamdulillah dgn produk sephia sunburn dah lari jauh2.  :D  I HAVE TO THANKS TO MY SIS sebab kenalkan dgn produk sephia yg mmg terbaik.

Bagi yang belum kenal, inilah sephia.  Jom berkenalan sikit tgk mcm mana rupa sephia ni.

SEPHIA ALL IN 1 ARGAN OIL
100 ML
RM 39.90


Tuan tanah saja nak menempek gambar ala2 founder produk. :D  (Perasan je lebih) 

Sephia ini merupakan argan oil yang mempunyai fungsi all in 1. Rasanya mmg ramai yg tahu argan oil mempunyai byk khasiat dan mmg bagus utk kulit.

Sebab2 jatuh cinta dgn sephia?

Saya jatuh cinta gila2 dgn sephia sbb ia dpt merawat kulit saya drpd sunburn.  Utk kulit, sephia boleh dijadikan sebagai moisturizer sebelum apply makeup, boleh meratakan warna kulit.  Utk kulit kering/menggelupas mmg bagus apply sephia utk melembapkan kulit. Utk kulit berminyak mcm sy pun boleh je pakai sbb ia cepat meresap dlm kulit, so tak adalah terlalu berminyak. Biasanya saya akn apply sephia pada waktu mlm sebelum tidur. Sebelum apply lipstick pun sy akn apply sephia supaya bibir tak terlalu kering.

Mmg suka sangatlah dgn sephia ni sbb all in 1. Nak jadikan sebagai perfume pun boleh sbb bau nya wangi gila!  Boleh settle masalah bau badan tu.  Bagi yang nak hilangkan stretch mark pun boleh, masalah tumit kaki merekah. InshaAllah akan ada perubahan jika menggunakannya dgn konsisten.

Utk rambut sephia bertindak menguatkan akar rambut, melebatkan rambut & byk lagi khasiatnya.  Dgn adanya sephia mmg mudah sbb boleh juga digunakan sebagai makeup remover.  Saya biasanya akan guna sephia utk remove makeup kalau stok makeup remover dah habis.  Penggunaanya juga tahan lama selama 2-3 bulan bergantung ats cara org pakai juga.

Dah hampir nak tutup karangan ni. :D. Lastly, produk ni sy mmg HIGHLY RECOMMEND. Jika berminat nak tahu lebih lanjut boleh tengok maklumat di bawah.

Instagram:@sephia.my


Kalau berminat nak order boleh cari senarai agen sephia.  Utk org terengganu, boleh contact agen sephia di bawah.  InshaAllah kalau beli 2 atau lebih item akan dpt diskaun.

Instagram: @faidalistahub
whatsapp: 019 600 3440







Wednesday, 2 August 2017

Tips cara susun atur tudung

Assalamualaikum.

Entri untuk kali ini khas untuk kaum-kaum wanita terutama yang jenis ‘gila tudung’.  Gila tudung ni bermaksud jenis yang suka beli tudung banyak-banyak dari pelbagai jenama.  Kalau saya, saya seorang penggemar setia tudung bawal.  Sebab saya suka tudung bawal?  Jawapannya SELESA.  Ada sesetengah org tak suka tudung pakai bawal sbb susah nak bentuk.  Bagi saya tidak.  Setiap org lain ragamnya.  Shawl bukan saya tak pakai langsung tapi jrg2 sekali sbb sy kurang selesa.  Kalau pakai shawl pun saya akan gayakan spt tudung bawal.  Kalau nak cpt htr anak saudara pergi sekolah kadang2 sy akan guna tudung express je.  Selain drp itu, saya akan pakai bawal je.  Sbb dari kecil dah selesa dan pakai bawal.  Tudung bawal ni mmg nampak simple tapi banyak cara untuk digayakan terpulang pd kreativiti masing2.


Saya juga seorang penggemar bawal shawl.  Kan dah kata saya ni peminat setia bawal.  Nak pakai shawl pun mesti yang ada awning bawal.  Hihi.  Bawal shawl yg pertama saya beli adalah dari Tudungruffle.  Tudung bawal shawl ni juga dipanggil tudung chicnones dari Tudungruffle.


Saja nak menyemak gambar kat sini. :D  Ni saya pakai tudung chicnones in black by Tudungruffle.  Rasanya jenama Tudungruffle dah dikenali ramai.  Bagi yang tak tahu, bolehlah usha ig @tudungruffle.

Okey, cerita tentang tudung, macam mana korang susun atur tudung?  Susun atur ni penting utk memudahkan korang mengambil tudung tersebut.  Pandai beli tudung banyak2, korang wajib tahu cara susun atur tudung supaya tdk nampak berselerak sekaligus buat sakit mata yg melihatnya.

Cara-cara menyusun atur tudung terpulang kepada keselesaan & kreativiti setiap individu. Ruang, saiz & cara susun atur juga perlu dititikberatkan.  Siapa yg ada bilik khas utk tudung mmg bertuah kan?

Ini merupakan gambar2 cara menyusun atur tudung.  Semoga memberi inspirasi.  Jgn lupa share pula mcm mana cara korang susun atur tudung.  Sharing is caring. 😊


1) 
Pic: sumber google

2)
pic: sumber google

3) 
pic: sumber google

4) 
pic:sumber google

5) 
pic:sumber google

6) 
pic:sumber google

7)Rak - Rak ni bukan sahaja sesuai untuk buku tapi utk tudung pun boleh.  Ini cara mudah utk susun tudung2 di dlm rak.  Sangat sesuai utk korang yang mempunyai tudung yg sgt banyak.  Boleh guna cara menggulung tudung atau lipat.
pic:sumber google

8)

pic: duniataipmenaip.blogspot.my

Ini merupakan cara saya menyusun atur tudung saya dgn menggunakan penyangkut baju kemudian digantung pada batang plastik.  Saya guna cara ni sbb memudahkan utk saya ambil tudung & simpan balik. Kalau koleksi tudung saya bertambah lebih byk saya akan menggunakan rak spt gambar no 7 utk susun tudung.

Sekian utk hari ini.  Bye2.






Sunday, 11 June 2017

Resepi Rendang Ayam Cili Padi

Assalamualaikum.  Apa khabar semua?  2-3 hari ni saya masih lagi selsema sampai merah hidung dibuatnya.  Maklumlah, ubat tak pernah sentuh, macam mana nak baik cepat kan? Huhu.  Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni memang jenis tak suka makan ubat.  Haish, susah juga kan?  

Okeylah, berbalik pada tajuk entri, resepi rendang ayam cili padi. Hari tu, duk terfikir resepi-resepi ayam.  Yalah, biasanya kat rumah mak selalu masak masakan ayam yang simple aje, macam ayam masak merah, gulai ayam.  Saya sebenarnya jenis suka mencuba resepi baru.  Biasanya memang akan ada dua jenis lauk kat rumah sebab mak memang akan masak lauk yang biasa dia masak.  Saya pula akan masak lauk yang saya gemari/ yang tak pernah cuba. Lagipun, bila kita mencuba resepi baru, secara tidak langsung kemahiran dan pengetahuan tentang memasak lebih bertambah,

Ternampak post resepi rendang ayam cili padi dalam group Masak apa hari ni (MAHN). Nak cari balik post resepi tu, dah tak jumpa. Lepas tu gigih saya duk mengoogle resepi ni. Jom kita tengok resepinya.  

Untuk resepi ni, saya guna sikit aje ayam.  Kalau nak masak lebih, korang pandai-pandailah tambah bahan-bahan.  Saya masak pun main agak-agak aje.

P/S: I'm not too excellent in cooking but I do love cooking.


Rendang Ayam Cili Padi

Bahan2:

- Ayam (saya guna 4 ketul aje) (digaul garam & kunyit, digoreng separuh masak)
- 1 cawan santan cair
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 keping asam keping
- Daun kunyit ( dipotong halus)
- 1 sudu besar kerisik
- 1 sk serbuk ketumbar
- 1 sk serbuk jintan manis
- 1 sk serbuk jintan putih
- Air secukupnya

Bahan kisar:

- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 inci halia
- 10 biji cili padi
- 1 sudu besar cili kisar
- 2 hirisan nipis lengkuas

Cara2:

- Panaskan kuali & masukkan minyak.  Tumis bahan kisar & serai hingga pecah minyak. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis & jintan putih. Kacau rata.

- Masukkan santan dan air secukupnya.  Bila dah mendidih, masukkan ayam, asam keping, gula dan garam secukup rasa.

- Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik dan daun kunyit.

- Masak sehingga rendang agak kering dan terbit minyak.





Taraa. Dah siap.  Selamat mencuba.

Harini saya nak masak ayam masak ungkep pula.  Resepi rendang ayam cili padi ni, seminggu lepas saya dah buat, cuma harini baru berkesempatan nak update resepinya. Ada ke yang suka dengan resepi ni? Kalau suka, boleh komen ya.  Bye2.  Tunggu next entri pula ye.  Ada banyak lagi resepi yang saya masih belum berkesempatan nak update.


Tuesday, 23 May 2017

Tutorial: Create simple header blog

Assalamualaikum blogger sekalian.  Haa, perasan tak header blog saya dah bertukar wajah baru?  Sebenarnya, saya baru jer create simple header nih guna software editor yang sangat mudah untuk digunakan. Cantik ke tak cantik?  Haha.  Dah nama pun simple, biase-biase jelah kan.  Nak buat yang luar biasa, kenalah guna software yang lagi banyak tools, kreativiti pun memainkan perananan.  Bab kreativiti ni saya mmg mengaku kalah lah, pasal tak pandai sgt.  Ok, jom kita tengok software ape yang saya guna ni.  Semua orang mesti tau gune sbb senang sgt.  Sungguh tak tipu. Jom berkenalan jap dgn software nie.


Taraa.. Photoscape.  Siapa tak kenal software ni?  Angkat tgn. :D


Inilah software yang saya selalu guna terutamanya untuk buat simple header, kad raya,pelan lokasi, banner & mcm2 lagilah.  Next time, saya share macam mana nak buat semua tu.  Dulu, masa belajar, inilah satu-satunya software yang banyak berjasa pada saya untuk buat advertisement for assignment. Rasanya software ni memang ramai orang guna. Bagi yang baru nak belajar design simple2, oklah guna.  Nak guna photoshop, mmg saya tak mahir guna software alah tu.  Hihi.  Nampaknya kena belajar  banyak lagi.


Jom tengok macam mana nak buat simple header blog.

Korang kenalah download photoscape dulu barulah boleh guna.  Taip je download photoscape for free kat google.  Pandai-pandailah korang download.

Rujuk gambar di bawah.

1- Buka photoscape & pilih editor



2- Click menu

3- Clik New photo

4- Adjust width & heigh mengikut kesesuaian yang korang nak.  Color saya pilih putih. Tekan OK.


Macam ni lah rupanyer


5- Click object & click text

Taip ape2 yang korang nak.  Boleh adjust jenis tulisan, saiz dan warna yang korang nak.  Ok. Nak apply outline, shadow ke ikut suka.  Pandai2 lah korang godek2.



6- Nak lagi cantik, korang masukkan symbol.  Ambik je symbol ape2 yang korang suka.




Ni hasil saya masukkan symbol & add text. Kalau korang nak buat box, tekan object - box mode.



Korang boleh pilih ape2 garisan yang korang nak sama ada garisan putus2 ke & lain2.  



Hasilnya.




7- Pilih crop untuk cropkan gambar





Siap & save.  Jangan lupa save tau.  Kalau tak buat penat je.



Ade yang suka tak dengan tutorial ni?  Komen sekali.  Hihi.  Gigih tau saya menaip nak buat tutorial ni.  Header yang saya punya, saya dah buat transparent.  Nak tahu macam mana, tunggu next tutorial, okey?  Bye2.




Thursday, 11 May 2017

Resepi Nasi Ayam Mudah

Assalamualaikum.  Nasi Ayam memang merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Tapi, kalau dekat kedai jarang-jarang sekali saya order nasi ayam, mungkin tidak kena dengan citarasa saya.  Oleh sebab tekak ni suka sangat telan nasi ayam, biasanya saya akan  masak nasi ayam seminggu sekali.  Anak-anak saudara dan kakak ipar pun memang suka sangat dengan nasi ayam ni.  Pernah sekali kakak ipar mengidam nak makan nasi ayam yang saya buat.  Haha.  Resepi yang digunakan mudah aje.  Jom tengok resepinya.

Bahan2:

Bahan untuk ayam ( direbus):

- Ayam (dipotong ikut suka)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 cm halia (ditumbuk)
- 1 kiub ayam

Cara2 penyediaan:

- Rebus ayam bersama bawang putih, halia dan kiub ayam.
- Masukkan  garam secukup rasa.

*Air rebusan ayam akan diguna utk nasi, sup, sambal cili & kuah kicap.



Bahan untuk ayam (diperap)

- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 cm halia (ditumbuk)
- sedikit kicap cair
- sedikit sos tiram
- sedikit madu
- sedikit sos cili
- sedikit sos tomato

Cara2 penyediaan:

- Ayam diperap dengan bawang putih, halia, kicap cair, sos tiram, madu, sos cili dan sos tomato selama 15 minit.  Lebih lama diperap lagi sedap bagi saya.
- Kemudian, ayam boleh digoreng/grill. Terpulang pada cara masing2.




Bahan2 untuk  nasi:
- 2 cawan beras
- 3 cawan air rebusan ayam
- 2 biji bawang putih 
- 2 cm halia (dihiris)
- 2 sb planta
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- sedikit kunyit

Cara2 penyediaan:

- Tumiskan planta bersama bawang putih, halia dan daun pandan.
- Masukkan beras.
- Masukkan air rebusan ayam.
- Masukkan sedikit kunyit( supaya nasi berubah warna kuning).



Bahan2 untuk sup:

- Air rebusan ayam
- 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
- Sup bunjut
- Daun sup
- Daun bawang

Cara2 penyediaan:

-Guna air rebusan ayam tadi.  Masak semula.
- Masukkan sup bunjut.
- Masukkan bawang.
- Garam secukup rasa
- Masukkan daun sup dan daun bawang.



Bahan2 untuk sambal cili:

- Cili padi (6-10 biji) (ikut tahap pedas masing2)
- Cii besar ( 4 biji)
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm halia 
-  sedikit gula
- Sedikit garam
- Air rebusan ayam

Cara2 penyediaan;

- Kisar semua bahan bersama air rebusan ayam.



Kuah kicap:

- Guna lebihan kicap ayam tadi.  
- Masak bersama air rebusan ayam.






Selamat mencuba :)  


Wednesday, 3 May 2017

Segmen Sweetlicious Bloglist #SugarTreats2017

Assalamualaikum.  Sape yang belum join lagi Segmen Sweetlicious Bloglist #SugarTreats2017 by edrinazulkafli, jom join.  Tarikh tamat malam ini, pada pukul 11.59 malam.  Saya last minit join. :D Harap-harap ada rezeki.


Tuesday, 2 May 2017

Cara login akaun nuffnang yang disekat

Assalamualaikum blogger sekalian.

Dalam 2-3 hari ni saya cuba log in akaun nuffnang sebab dah lama sangat tak log in. Mana tahu income makin bertambah ke. Hihi :p. Tapi yang kecewanya saya tak boleh nak log in even dah berpuluh kali berusaha.  Haha.


Ni lah benda yang selalu keluar.  Sedih :(

Akhirnya,saya cuba clear semua history dan BERJAYA.  :)  Barulah saya boleh senyum sampai telinga. :D

1- Pergi ke browser yang korang guna (saya guna google chrome)

2- Click setting

3- Clear browsing data


Harap perkongsian ni dapat membantu anda yang mengalami masalah yang sama.